2009-04-11

jatuh cinta lagi 9

Fenn xsenang duduk. Sejak balik dari kampung 3hari lalu, macam tu la keadaan dia. Duduk salah, berdiri salah. Nak berlari kang nanti orang kate gila pulak. Arg…tensen betol la macam ni. Satu kerja pun tak jadi. Auntie Pah plak hari2 call tanye pasal benda tu. Bertambah-tambah la tensennye. Wa…nak lari pergi afganistan..senang. kena bom..mati. xpayah pikir benda tu semua. Tapi amalan xcukup lagi la..

“Ko ni pehal Fenn. Macam kucing mati anak da aku tengok. Kejap duduk, kejap baring. Kang termenung, pastu… ish, xpaham aku. Cube kau story kat aku sikit. Mane la tau, aku bleh tolong.” Mek pelik+hairan tengok housematenya. Kadang2 naik rimas pun ade.

“xde ape2 la. Aku ok je. Panas sket. Ko xpanas ke?” saje cover. Tangan dikipas-kipas.

“Ko ni biar betul panas. Luar tu hujan bukan main lebat. Cam nak runtuh dah apartment ni kene timpa dek ujan. Kipas lagi pasang.”

‘Hah? Hujan? Alamak kantoi. Huhuhu…’

“Baik ko citer kat aku.” Fenn makin serabut. Camne nak mula ni…

“Erm…erm….aku…”

“Apokobondo eh jang..cakap la.” Hah, kang dah terkeluar loghat nogori.

“Pandai ko cakap nogori. Bile ko blaja?”

“Ah xpayah nk tukar topic. Cepat cakap. Kalo x, aku sembelih ko wat sup kang. Aku lapo ni.” Mek da sedia nk terkam Fenn.

“Weh, rilex la. Ok2. Aku story.” Fenn telan liur. Seram plak.

“Auntie Pah..”

“Hah, ape kene ngan orang tua tu?”

“Ish ko ni Mek. Xbaik tau. Kan ari tu, ibu aku suruh balik. Pasal auntie tu la.”

“Iye la.. tapi nape ngan auntie tu. Dia masuk minang ko ke?” serkap Mek.

‘Ish, nujum pak belalang btol la pompuan ni. Cam tau2 je.’ Fenn ngangguk. Mata Mek bulat. Dia bantai je tadi.

“Ko biar betol pompuan.” Mek cam xcaye lagi.

“Betol la aku pompuan. Xkan laki kot. Nak kene tunjuk ke?”

“Orang serius dia wat lawak kambing lak. Betol2 la wei.” Mek geram.

“Betol la. Dia datang minang aku untuk anak laki dia yang kita nmpak ari tu.” Mek garu kepala. Berkerut dahi mengingat kembali lelaki yang dimaksudkan Fenn.

“Oh..yang kita jumpa kat restoren tu? Wei..encem tu Fenn. Abis tu ko cmne?”

“Ensem? Ko rabun ke ape. Ha, kalo ko minat amik la. X hingin aku laki camtu.”

“Eh budak bertuah ni. Abes, abang Johan sayang aku tu nak cmpak mane? Dalam tasik, dalam longkang?”

“Mane2 la.” Malas Fenn nak layan.

“Fenn, aku tau ko masih ingat kat arwah. Tapi tu kan da lama. Dia pun aku rasa, mesti nak tengok ko bahagia. Sampai bila ko nak lari camni?” Fenn diam. Korang xfaham..

“Aku…aku xboleh la Mek. Aku xboleh nak terima lelaki lain. Ko xfaham.” Air matanya bergenang. Abang….

“Ye la..ko xgtau. Camne aku nak faham. Cuba ko lembutkan sikit hati ko tu. Xkan selamanya ko nak membujang macam ni. Xkan ko xpernah rasa nak ada family sendiri. Anak2, happy family. Cuba ko bayangkan bila ko da tua nanti, sorang2. Xde orang peduli. Ko xnak hidup macam orang lain ke?” Fenn diam. Kata2 Mek tu ade betulnya. Tapi dia memang xboleh nak terima sape2. Lagi la orang yang xdikenali camtu.

“Memang aku pernah impikan semua tu. Tapi semua tu dah terkubur bersama arwah. Aku da xde perasaan tu lagi.” Jawab Fenn bersama esak tangisnya. Mek pulak diam. Memang keras hati budak sorang ni.

“Fenn, life must go on. Kita xbleh hidup dengan kenangan silam. Yang pergi tu tetap pergi. Kita yang hidup ni kena terus berjuang. Aku faham perasaan ko. Aku pun pernah kehilangan orang tersayang. Tempat aku bergantung. 20 tahun aku hidup dengan dia. Tapi aku redha dengan ketentuan ilahi. Ini dugaan dalam hidup aku. Tapi aku yakin ada hikmah disebalik semua tu. Ko kena yakin dengan qada’ dan qadar ALLAH Fenn.” Mek pun da xdapat nak tahan air matanya. Ingatannya pada arwah ayahnya menambah pilu di hati. Fenn yang masih teresak di sebelah didakap erat. Kasihan melihat sahabat baiknya dalam keadaan begitu. Cintanya pada arwah suami yang hanya sempat dimilikinya xsampai sehari begitu utuh dan suci. Hanya doa agar suatu hari nanti pintu hati sahabatnya ini akan terbuka untuk menerima kehadiran lelaki lain sebagai pengganti cinta pertamanya mampu diminta.

Fenn duduk termenung di atas sejadah usai solat Isyak. Hati dan perasaannya masih tidak dapat menerima pinangan itu. Kalau ditolak, apa kata auntie nanti. Ibu pasti sedih. Walaupun ibu dan ahli keluarga lain menerima apa sahaja keputusannya, tapi dia tahu hati ibu mana yang xsedih melihat anak daranya yang enggan berkeluarga. Sungguh..perasaan yang dialaminya kini xsama dengan apa yang dirasakannya hampir 5tahun lalu. Waktu abang melamarnya sebgai isteri.

“B, will u marry me?” bisikan romantis abang melamarnya menusuk jiwa. Terasa seakan2 berada di khayalan. Walaupun bukan di bawah sinaran rembulan dan kerlipan bintang malam, lamaran itu tetap membuatkannya terasa di dalam suasana begitu. Hanya linangan air mata dan segaris senyuman di bibir mampu dibalas. Terasa amat bahagia. Saat abang menghantar rombongan meminang, hatinya girang tak terucap. Hanya ucapan syukur mampu dilafazkan. Pernikahan…impian setiap wanita. Seluruh ahli keluarga kami juga merestuinya. Sepanjang tempoh pertunangan hingga saat diijab kabulkan dengan insan yang dicintainya sepenuh hati, hidupnya hanya disulami kebahagiaan. Bunga2 cinta bersama abang makin kembang mekar. Indah sekali. Tapi semuanya musnah sekelip mata bila abang menghembuskan nafas terakhir di malam pernikahan mereka. Bahagia yang dirasakan selama ini hilang, hancur luluh hatinya melihat sekujur tubuh lelaki yang dicintainya kaku xbernyawa. Hingga ke saat ini, hatinya masih kaku dan beku. Xmampu dicairkan…. Maafkan Chik ibu, abah..auntie.. Chik memang xmampu nak lupakan abang…

No comments:

Post a Comment