2009-11-30

jatuh cinta lagi 21

Mek memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan. Hatinya masih berkira-kira sama ada mahu meneruskan niatnya. Naik atau tidak. Tapi DZ perlu diajar sedikit. Tak boleh dibiarkan sangat. Makin menjadi-jadi. Menyakitkan hati saja. Kesian Fenn, tak pasal-pasal jadi mangsa.

“Ah, naik sajalah. Aku nak ajar sikit budak tak reti bahasa tu.” Mek melangkah keluar dari keretanya. Dia berdiri di hadapan bangunan tinggi yang berdiri megah itu. Dia akui yang dia sedikit gementar. Tapi dia cuba kuatkan semangat demi membantu sahabat baiknya.

Butang lif ditekan. Mek menapak masuk ke dalam perut lif. Hanya dia saja di dalam. Dia kemudian menekan butang tujuh. Dia perlu bertenang. Perlu mengambil langkah sebaiknya. Kalau tak, makin teruk jadinya nanti. Tak pasal-pasal dia pula yang dapat malu.

Lif berhenti di tingkat tujuh. Mek melangkah yakin. Seorang wanita muda di meja penyambut tetamu senyum padanya. Mek menghampiri gadis itu.

“Selamat pagi, ada apa-apa yang boleh kami bantu?” Sapa gadis muda yang bernama Nita itu. Agak cantik. Memang sesuai jadi penyambut tetamu.

“Selamat pagi. Boleh saya jumpa dengan Encik DZ?”

“Encik DZ? Maaf, saya rasa staf kami tak ada yang namanya DZ. Mungkin cik boleh berikan nama penuh?” Nita kerut dahi cuba mengenal pasti mana-mana pekerja syarikat itu yang bernama DZ. Setahunya tiada.

“Oh, maaf. Kalau tak silap saya nama dia…Iqram.” Mek cepat-cepat membetulkan silapnya. Sudah terbiasa memanggil lelaki itu dengan panggilan DZ.

“Oh, Encik Iqram. Sekejap ya cik.” Nita menekan intercom. Mungkin bercakap dengan DZ.

“Sila ikut saya cik.” Mek angguk. Dia membuntuti langkah Nita. Kelihatan beberapa orang pekerja yang sedang sibuk mengadap kerja mereka.

“Silakan masuk cik.” Nita membukakan pintu bilik untuk Mek. Bilik DZ mungkin. Nita meninggalkan Mek di situ. DZ di hadapannya. Tiba-tiba saja dia kaku. Rasa takut menyerang.DZ angkat muka. Dia senyum. Tak kelihatan seperti mengenali Mek.

“Selamat pagi. Silakan duduk.” Mek melabukan duduknya di atas kerusi. Tak sanggup nak bertentang mata dengan DZ. Tak seperti orang jahat.

“Maaf. Boleh saya tahu, apa yang boleh saya bantu cik?” Mek kelihatan serius. Cuba untuk menguatkan semangat sendiri.

“Saya Nik Aisyah. Encik mungkin tak kenal saya tapi saya kenal encik.” DZ kerut dahi. Mek tahu DZ pasti tertanya-tanya. Biarkan.

“So, perkenalkanlah diri cik dengan lebih lanjut lagi supaya saya pun boleh kenal cik sebagaimana cik kenal saya. Fair and square.” Angkuh sekali di pendengaran Mek. Mek ketap bibir menahan geram.

‘Memang betul-betul sombong dan berlagaklah mamat ni. Tak apa. Kau tak tengok kalau aku berlagak lagi.’

“Hmm…saya rasa tak perlu kot. Cukuplah sekadar encik DZ ni kenal nama saya saja.”

“Whatever. So,apa hal you cari I ni? Penting sangat ke?” DZ mula menyampah dengan wanita di hadapannya. Kerek nak mampus. Tangan di silangkan ke dada.

Mek senyum sumbing. Memang menjengkelkan. Patutlah Fenn tertekan. Kalau bab memujuk rayu bukan main lagi. Mek nak tengok sampai bila mamat sengal di hadapannya akan menyombong dengannya.

“Memang penting. Penting sangat. Antara hidup dan mati.” Mek bulatkan mata. Dia mahu DZ tahu betapa pentingnya perkara yang dia ingin bincangkan.

“Wow. Dengar pun macam penting. So, tell me.” Mek makin geram. DZ boleh buat selamba saja. Memang mencabar keimanan betul. Matanya makin bulat mencerlung ke arah DZ.
Senyuman yang diukir DZ terasa macam sangat menyakitkan hati.

“Kenapa diam? Cepatlah cakap. I banyak kerja lain lagi ni.” DZ membelek-belek fail yang berada di depannya. Mahu menunjukkan yang dia banyak kerja. Hati Mek makin panas. Memang cari nahas.

“Kau ingat, aku nak sangat jumpa kau ni. Perangai macam hantu jerangkung. Aku pun banyak kerja lainlah nak buat. Kalau tak kerana Fenn, aku tak datang jumpa hantu macam kau ni tau tak. Tak kuasa aku. Kau dengar sini baik-baik. Aku bagi amaran pada kau. Aku nak, kau jauhkan diri kau daripada Fenn. Kalau aku dapat tahu sekali lagi kau sakitkan hati Fenn, siap kau aku kerjakan.” Berombak dada Mek menahan marah. Bergetar tubuhnya. Tapi dia lega. Dia puas. DZ terkedu. Dia tercengang. Mek tiba-tiba naik hantu. Dia telan liur. Dia tahu kini. Kawan Fenn rupanya.

“You ni kawan Fenn ya?” Tanya DZ minta kepastian.

“It’s not your business. Aku harap kau dah faham dan simpan baik-baik dalam kepala otak kau tu.” Mek memalingkan tubuhnya. Bersedia untuk berlalu dari bilik itu. Buat sakit hati saja kalau pandang wajah DZ lama-lama. Tak pasal-pasal dia kena serangan darah tinggi pula nanti.

“Tunggu dulu.” Langkah Mek terhenti. Dia kembali berpaling ke arah DZ. Entah kenapa pula lelaki itu memanggilnya. Mek telan liur.

“Fenn marahkan saya?” Riak wajah DZ jelas menunjukkan yang dia risau. Mek tergamam. Dia jadi kasihan tiba-tiba.

“Saya dah bersalah pada dia. Mesti dia kecewa. Mesti dia marahkan saya.” DZ kedengaran kesal. Dia tahu dia sudah melampau tempoh hari. Memang dia sengaja nak sakitkan hati Fenn waktu itu.

“Baguslah kalau awak dah faham. Saya rasa awak patut minta maaf pada dia. Dia betul-betul kecewa dan sedih.” Mek melangkah meninggalkan DZ yang masih diselubungi rasa kesal. Biarlah lelaki itu berfikir sendiri. Biar lelaki itu tahu yang dirinya sudah bersalah.

DZ kembali merebahkan dirinya ke kerusi. Dia picit kepala. Tergendala sebentar kerjanya. Masalahnya dengan Fenn memenuhi ruang benaknya. Perlukah dia minta maaf? Bagaimana cara untuk dia meminta maaf? Fenn terimakah permintaan maafnya?
Egonya masih sempat menyelit di antara rasa perikemanusiaannya. Lelaki. Memang tak boleh dipisahkan dengan ego. Takut benar kalau ego mereka jatuh lebih-lebih lagi di hadapan seorang wanita.

“Ah, sudahlah. Nanti-nanti saja aku minta maaf. Banyak lagi kerja yang aku kena fikir ni.” DZ mencapai fail di atas meja. Dia ada mesyuarat dengan pengarah syarikat. Masalah tadi dibiar berlalu tanpa apa-apa tindakan. Fokusnya hanya pada kerja.

Mek menghenyak punggungnya ke tempat duduk. Dia hembus nafas kuat. Lega. Macam tak percaya dia boleh tengking DZ begitu. Memang menggigigil tapi dia terpaksa. Masalah dengan DZ rasanya sudah diselesaikan. Dia harus khabarkan berita ini kepada Fenn. Dia nak Fenn tahu betapa pucatnya muka DZ setelah ditengkingnya. Pasti Fenn tergelak besar. Tapi sekarang dia harus kembali ke pejabatnya. Dia juga masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Kereta menderum meninggalkan tempat parkir.


Wajah Fenn berkerut. Banyak kerja. Macam dah tak boleh nak bangun dari tempat duduk. Nak makan pun rasa tak sempat. Entah apa kerja yang banyak sangat. Dia sendiri tak tahu. Tapi yang pasti dia masih tak dapat siapkan apa-apa kerja sejak dari tadi. Dah hampir pukul dua belas tengahari. Dari pagi dia mengadap kerjanya. Sarapan pun tak terjamah dek kerana khusyuk dengan kerjanya. Tapi satu habuk pun tak jadi.
Mata terasa penat. Badan pun dah lenguh-lenguh. Tak sanggup lagi nak mengadap kerja. Kepala sudah tak dapat berfikir. Berdenyut-denyut. Fenn menyandarkan badannya ke kerusi. Mata ditutup rapat. Mahu menghilangkan sedikit kepenatannya. Perut terasa lapar. Sudah berdondang sayang. Apa taknya, masih belum disuap apa-apa. Gagang telefon dicapai.

“Sarah, you dah makan ke? Laparlah.” Rengek Fenn. Macam budak-budak. Perut yang masih berlagu-lagu digosok-gosok.

“I dah makan tadi dengan Wan. Kenyang lagi ni. Sorrylah.”

“Oh ya ke? Tak apalah kalau macam tu.” Fenn sedikit hampa. Nampaknya dia terpaksa makan berseorangan hari ini. Angah? Tak naklah menyusahkan lelaki itu. Pasti dia sedang sibuk. Tas tangan dicapai. Belum sempat pintu bilik dibuka, terdengar pintu itu diketuk dari luar. Pintu dibuka. Terjegul wajah Syaril. Macam tahu-tahu saja. Fenn ukir senyum. Syaril juga sama.

“Faz nak keluar ke?” Soal Syaril bila melihat Fenn menjinjing beg tangan.

“Ya. Nak pergi makan. Rasa lapar pula. Angah ada apa hal datang sini?” Tiba-tiba saja datang. Ada perkara mustahak ke?

“Hmm…elok benarlah tu. Angah pun memang datang nak ajak Faz lunch. Jom.”

“Ok.” Kedua-duanya jalan beriringan. Beberapa pasang mata yang kebetulan lalu di situ hanya memandang tertanya-tanya. Kelihatan agak berlainan.

“Hmm…hari ni Angah nak belanja Faz kat tempat istimewa. Faz cakap saja Faz nak makan apa.” Syaril memandu tenang. Dahi Fenn berkerut. Entah mimpi apa pula abang iparnya hari ini. Baik semacam pula.

“Kenapa? Hari ni ada apa-apa yang istimewa ke Angah?” Fenn cuba mengingati sesuatu. Setahunya, tak ada apa-apa yang penting dan istimewa hari ini.

“Saja. Takkan tak boleh kot?”

“Tak adalah. Macam pelik je. Ni mesti ada apa-apa ni.” Fenn cuba korek. Syaril hanya senyum. Senang bila dia lihat Fazreen senyum dan ceria begitu.

“Ya ke ni? Macam tak percaya aje. Tak apa kalau tak nak bagitahu. Lambat laun Faz akan tahu juga.” Syaril ketawa. Dia rasa bahagia begini. Ada Fazreen di sisi buat dia rasa senang. Rasa mahu sentiasa berada di sisi Fazreen.

4 comments:

  1. abis la..
    br tau kamu yea DZ..
    sis..novel yang sepupuku tu bile terbit?

    ReplyDelete
  2. novel tu tahun tahun depan..insya Allah..da publish nnt sy gtau yek....

    ReplyDelete
  3. lamenye nk tunggu nvl sepupuku suamiku.xsaba nk bc... hmm.. sis, nvl 2 publish bwh syarikat pe ea? tjk die kekal ker?

    ReplyDelete
  4. sis,post lah kat blog nie jgk
    x sbr nak baca
    harap.........tajuk kekal sama
    can't waitlah..........

    ReplyDelete