2009-07-03

sepupuku suamiku?16

“Kejarlah laju sikit. Apalah abang ni. Kejar ayam seekor pun tak dapat. Malu je tau.” Hisyam dan Haidar tercungap-cungap kepenatan. Hampir sejam mereka berusaha menangkap ayam untuk hidangan tengah hari. Tapi, masih belum berjaya.

“Amboi, sedapnya cakap. Hah, kalau pandai sangat, tangkaplah sendiri.”Hisyam mencabar adiknya yang dari tadi hanya membebel tak berhenti. Mengalahkan nenek.

“Jangan cabar tau. Kalau Yaya dapat tangkap ayam tu, abang nak bagi apa?” Zahlia cuba berlagak pandai. Dia sendiri pun tak pernah tangkap ayam sebenarnya. Makan ayam tahu lah.

“Eleh, nak berlari pun tak larat. Nak kejar ayam konon. Dah lah. Hah Haidar, ayam tu tengah berehat tu. Cantik. Slow sikit. Nanti lari pulak. Ok. Satu…dua…tiga….tangkap!” Hisyam memberi arahan kepada adik iparnya. Mereka berdua menyusup seperti askar mahu menembak musuh. Ayam jantan yang sedang mematuk makanannya tidak sedar akan kehadiran musuhnya. Apa lagi, berkokoklah ayam tu bila badannya dicekup oleh dua lelaki itu.

“Yes!” Haidar bersorak gembira. Memang tak sia-sia dia berjemur panas hampir sejam. Hanya kerana hendak menangkap ayam untuk hidangan tengahari mereka. Kali pertama dalam hidupnya. Selama ini, kalau nak makan ayam, beli saja di kedai. Lagipun keluarganya tinggal di bandar. Tak ada tempat untuk memelihara ayam.

“Ha…tengok. Siapa kata abang tak pandai. Dah dapat pun. Nah!” Hisyam tersenyum bangga. Zahlia dan Nana mencebik menyampah. Hisyam menghulurkan ayam itu kepada isterinya. Nana menjerit kerana ayam itu masih meronta-ronta minta dilepaskan. Kesian pula.

‘Nasiblah kau ayam. Alamatnya, jadi hidangan kamilah kau hari ni…’

“Dah dapat tangkap ke belum? Sehari suntuk tangkap ayam seekor. Apalah budak-budak ni.” Puan Hasnah terkedek-kedek keluar dari rumah. Dari tadi, halaman rumahnya riuh rendah dengan suara anak menantunya. Itu baru suruh tangkap ayam, kalau suruh tangkap lembu, mahunya sampai seminggu.

“Dah ni mak. Nah, macam mana nak buat ni?” Hisyam menghulurkan ayam jantan yang berada di tangannya.

“Yaya, pergi panggil ayah. Nanti ayah sembelih. Lepas tu, cabut bulunya. Besar jugak ayam ni. Cukuplah untuk kita anak beranak makan tengahari ni.” Puan Hasnah membelek-belek ayam jantannya. Dia menyerahkan ayam itu kepada suaminya untuk urusan penyembelihan. Menggelupur ayam jantan itu selepas disembelih. Kesian pula.

“Nana, Yaya. Ambil ayam ni. Cabut bulunya. Lepas tu biar mak potong.” Arah Puan Hasnah. Nana dan Yaya berpandangan sesama sendiri. Cabut bulu? Macam mana nak buat?

“Ermm…mak. Macam mana nak cabut ni? Kuat sangat ni. Dia tak nak tercabut.” Yaya cuba mencabut bulu ayam itu. Namun, bulunya terlalu kuat melekat pada kulit ayam.

“La…budak bertuah ni. Kalau buat macam tu, macam mana bulunya nak tercabut. Dah , bawak masuk ayam ni. Rendam dalam air panas. Lepas tu, barulah senang nak cabut bulunya.” Puan Hasnah menggelengkan kepala. Budak-budak sekarang, satu apa pun tak tahu.

“Tu lah. Tadi gelakkan orang. Hah sekarang, jom kita gelakkan dia.” Hisyam dan Haidar ketawa sekuat hati. Mulut kedua-dua wanita itu sudah muncung. Mereka melangkah laju masuk ke dapur. Itulah, dulu siapa suruh tak nak belajar.


Gambar gadis yang sering menjadi igauan tidurnya ditatap penuh rasa kerinduan. Terlalu rindu. Sudah hampir enam bulan dia tidak mendengar khabar berita gadis itu. Mungkin sedang mengulit bahagia bersama suami tercinta. Hatinya pedih dan sayu bila teringat akan perkara itu. Gadis yang dipuja sudah jadi milik orang. Johan bangun dari pembaringannya. Menyaksikan matahari yang terbenam di ufuk barat. Terang sinarnya menerangi alam. Adakah peluangnya untuk memiliki Nana secerah itu? Mungkinkah mereka dapat mengecapi hidup bahagia bersama? Dia terlalu mengharapkan kebahagiaan itu. Cintanya suci luhur. Tiada wanita lain dalam hatinya.

“Johan…” Terdengar suara seorang wanita memanggil namanya. Lemah sekali suara itu. Johan melangkah keluar dari biliknya.

“Ye Ibu. Ada apa?” Johan menghampiri emaknya yang sedang terbaring lemah di kerusi. Wanita separuh usia itu terlalu menderita dulu. Dan sekarang, Johan tak mahu melihat wanita yang mengandungkannya selama sembilan bulan, menjaganya dan menyaranya hingga dia berjaya menamatkan pelajaran menderita. Setiap permintaan wanita itu akan ditunaikan walau betapa sibuk pun dia.

“Tak ada apa-apa. Kamu buat apa dalam bilik tu?” Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil bersulam dengan suara lemahnya. Kepala anak kesayangannya diusap perlahan. Kasihan. Anaknya terpaksa menjaganya yang sudah tak berdaya. Dia hanya mampu menolong apa yang terdaya. Tapi dia tahu, anaknya memang seorang anak yang baik. Taat.

“Tak buat apa-apalah Ibu. Saja je baring-baring. Ibu nak makan apa-apa ke? Johan boleh masakkan.” Tubuh lemah ibunya dirangkul penuh kasih. Rasanya tak sanggup berpisah. Doanya setiap hari agar Tuhan memanjangkan usia ibunya.

“Tak apalah. Ibu kenyang lagi ni. Kenapa ni? Ibu tengok Johan macam ada masalah je. Cuba cerita kat ibu.” Jelas kerut di wajah anak lelakinya. Apa agaknya masalah yang sedang menimpa anaknya.

“Mana ada masalah bu. Pandai je lah ibu ni. Johan gembira je ni. Cuma letih sikit je. Banyak sangat kerja kat pejabat tu.” Johan cuba menyembunyikan perasaannya. Dia tak mahu ibunya risau. Lagipun, dia belum bersedia untuk memberitahu ibunya mengenai perkara itu. Dia dapat mengagak reaksi ibunya kalau wanita itu dapat tahu. Pasti ibunya menentang. Tidak ada gadis lainkah yang boleh dijadikan isteri? Kenapa mesti isteri orang?

“Tak apalah kalau Johan tak nak cerita kat ibu. Tapi, nanti kalau dah sedia nak bagitau ibu, cakap saja. Ibu sedia.” Pesan ibunya. Ibunya memang lembut. Tak pernah marah kepadanya. Kalau dia berbuat silap, pasti ibu akan menasihatinya. Tak pernah sekalipun ibu marah apatah lagi memukulnya.

“Malam ni ibu tak payah masak ye. Kita makan kat luar. Kesian ibu, hari-hari kena masak.” Johan memeluk erat ibunya. Kasih sayangnya takkan luntur sampai ke akhir hayat.

“Kalau tak masak nak makan apa. Lagipun ibu dah biasa. Hmm…kalau macam tu, kita makan mee hoon sup kat tempat hari tu ye. Teringin pulak rasa.” Johan mengangguk. Apa-apa sahaja yang ibu minta. Asalkan ibu bahagia. Cukup.

Dua beranak itu sangat rapat. Seperti tak dapat dipisahkan. Gurau senda sentiasa mewarnai kehidupan mereka. Kini, tirai bahagia telah menutupi kesengsaraan yang pernah mereka alami satu ketika dulu. Saat yang tak mungkin dilupakan mereka. Sejarah itu tetap menjadi pedoman dalam hidup mereka.


Nana menanti suaminya penuh sabar. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Hatinya rasa mahu menangis. Sejak kebelakangan ini, emosinya agak tidak stabil. Senang sekali tersentuh. Kadang-kadang marah tak tentu pasal. Mungkin pembawaan budak. Baru saja dia hendak membuka semula tudung biru muda yang dipakainya ketika telefon bimbitnya berlagu rancak.

“Sorry sayang. Abang lambat. Ada emergency tadi. Sayang turun sekarang ye. Abang dah tunggu kat bawah ni.” Mendengar saja suara suaminya Hisyam, terus moodnya berubah. Hatinya riang. Marahnya reda. Segera dia keluar dari rumah menuju kepada suaminya yang sedang menunggu untuk keluar makan bersama.

“Lama ke sayang tunggu? Sorry ye. Tiba-tiba saja ada urgent. Tapi nasib baik ada Norman dan Salina. Boleh abang mintak excuse sebab nak dating dengan isteri abang yang cantik ni.” Pandai Hisyam memujuk. Tangan isterinya dikucup penuh kasih dan rindu. Pipi Nana merah menahan malu. Hatinya cair. Terasa baru semalam mereka berkahwin.

“Lama tau orang tunggu. Nasib baik tak tukar baju.” Nana mengadu manja. Kereta mereka meluncur perlahan meninggalkan kawasan perumahan.

“Alah, kesiannya isteri abang ni. Ok, malam ni abang belanja sayang kat tempat paling best. Setuju?” Hisyam masih tak jemu memujuk. Muka Nana yang makin comel di pandangan matanya membuatkan hatinya terasa geram. Ingin saja dia mencium dan mencubit pipi gebu itu. Tapi dia harus tumpukan pada pemanduannya.

“Tak nak lah. Nana rasa nak makan masakan panas je. Kita pergi restoren yang kita makan dengan Kak Yaya hari tu nak tak? Makanan dia pun sedap.” Cadang Nana. Liurnya kecur bila terbayangkan mee bandung yang dimakan Zahlia dulu. Nampak sangat sedap. Perutnya lapar tiba-tiba.

“Hah! Dah kecur liur lah tu. OK. Apa-apa saja yang sayang mintak.” Tangan Nana dikucup lagi. Digenggam erat. Tak mungkin dilepaskan. Cintanya hingga akhir hayat. Biar betapa kuat badai melanda, akan tetap dipertahankan walau dia terpaksa mengorbankan dirinya.


Suasana restoren agak lengang. Mungkin masih awal. Hanya kelihatan beberapa pelanggan di situ. Dua pasangan dan satu keluarga. Nana dan Hisyam mengambil tempat duduk di hujung restoren. Agak tersorok. Mereka mahu berdua-duaan di situ. Cahaya lampu restoren dan jalan cukup untuk memberi cahaya di tempat mereka. Makanan dipesan. Mee bandung dan jus oren. Nana sudah tidak sabar ingin menjamah makanannya.

“Cantik sayang malam ni.” Puji Hisyam. Nana tersipu malu. ‘Hai, selama ni aku tak cantik ke?’

“Biasa je.” Nana masih malu. Hisyam memandangnya tak berkelip. Senyuman yang sentiasa mencairkan hatinya terukir di bibir Hisyam. Tangan Nana diraih ke dalam tangannya. Dilekatkan ke pipinya. Lembut.

“Ish…apa abang ni. Malu orang tengok tau. Macam budak-budak lah.” Nana memerhati sekeliling. Masih tidak ramai orang walaupun ada pertambahan pelanggan.

“Takpe. Kat sini mana ada orang. Jauh. Orang tak nampak. Lagipun, kita kan suami isteri. Apa nak malunya.” Tangan Nana dikucup bertalu-talu. Nana cuba menarik tangannya dari genggaman Hisyam namun tak dilepaskan.

Seketika kemudian, pelayan restoren datang menghantar makanan yang dipesan. Haruman hidangan yang berada di depan mata menaikkan selera Nana. Tangannya disentap. Sudu dan garfu dicapai. Tak sabar nak menjamu selera.

“Ha….Baca doa dulu. Baby kat dalam tu pun nak makan jugak. Nanti sakit perut tau.” Hisyam mengingatkan isterinya yang kelihatan tak sabar-sabar. Matanya bersinar-sinar.

Nana meletakkan semula sudu dan garfunya. Dia mengaminkan doa yang dibaca oleh suaminya. Habis saja doa, terus dicapai semula sudu dan garfu. Sesaat kemudian, mee bandung telah masuk ke dalam mulutnya.

“Ouch…” Nana mengibas-ngibas mulutnya. Panas.

“Ha…Tu lah. Makan tak reti nak perlahan. Meh sini abang tiup. Sakit ke?” Nana menghirup air orennya dengan harapan pedih mulutnya akan berkurangan.

“Tak pelah bang. Sikit je ni. Nanti sejuk lah.” Nana masih mengibas-ngibas mulutnya. Hisyam geleng kepala. Macam budak-budak. Dia senyum sendiri. Mungkin orang yang sedang mengandung memang begitu. Mengidam.

Makan malam mereka diselang seli dengan gelak ketawa. Hisyam galak mengusik isterinya. Sampai terkeluar air mata Nana kerana terlalu kuat ketawa. Tapi dia bersyukur kerana rumah tangganya kini sedang menuju alam kebahagiaan. Berkat kesabaran dan cinta sucinya, doanya agar dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang dimakbulkan oleh Tuhan. Ditambah lagi dengan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua, dirasakan dirinya lengkap sebagai seorang wanita.


Johan menghempas badannya ke katil. Gelak ketawa Nana bersama suaminya bermain-main di benaknya. Cemburunya menyala. Makanan yang dipesan hanya luak separuh dek kerana hatinya pedih bagai disiat-siat. Ibunya mungkin perasan akan perubahan air mukanya. Dari mula-mula Nana dan suaminya masuk, dia sudah memerhatikan gelagat mereka. Walaupun kurang jelas kerana kedudukan mereka agak jauh dan tersorok, tapi dia dapat melihat wajah Nana yang ceria dan dia juga dapat mendengar gelak ketawa wanita itu. Mereka berdua kelihatan sangat gembira. Bahagia. Dia cemburu. Terlalu cemburu. Dia tak sanggup melihat drama percintaan antara gadis pujaannya dan lelaki lain itu lama-lama. Dia mengajak ibunya pulang dengan alasan sakit perut. Ya. Dia memang sakit. Tapi sakit hati. Sakit jiwa. Sakit kepala. Kejadian tadi terus menghantui mindanya. Matanya terasa pedih. Tapi, semua itu bukan alasan untuk dia berputus asa. Masih ada harapan. Semua yang berlaku hanya satu dugaan. Dan dia sudah biasa berdepan dengan dugaan. Lagi parah dan teruk daripada ini. Hatinya yang kecewa terus dipujuk agar bersabar. Dia hanya perlu berusaha. Bersabar dan bersedia dengan apa sekalipun dugaan yang tiba. Suatu hari nanti, kejayaan pasti akan menyebelahinya jika benar cintanya ikhlas dan suci. Johan terlena dengan mimpi dan impiannya. Impian yang masih samar dan tidak tahu penghujungnya.

13 comments:

  1. apalah agaknye yg johan nak wat kat nana tu..hope x jadi ape2 yg x baik..

    ReplyDelete
  2. ala johan nie..
    org ramai yang bujang2 ramai jer
    nak kat nana gak..
    aish..

    ReplyDelete
  3. johan baik kn...
    dia xkn gngu nana kn...hehe

    ReplyDelete
  4. cerita ni suspen.best sgt.tahniah kpd penulis.takut la ape2 jd kat nana n baby die.kalau johan n hani wat pape ke kn.

    ReplyDelete
  5. x saba nak tau cite ni seterusnya....cepat la sombong...
    sy rase ade baik nye gak u buku kan,tapi abeskan cite ni dulu...coz dh x saba nak tau ending this story...

    ReplyDelete
  6. cbuk la johan tue..
    mcm x der org lain jew..
    jgn la kcau diorg..
    hope cpat2 sambung yer penulis..
    like2 sngat2 this story..

    ReplyDelete
  7. bnci gle dgn hani...
    pompuan xtau malu!
    johan tu pn satu...
    banyak lagi yang lain.
    kawan2 nana ke, amik j la

    ReplyDelete
  8. huhuhu romantic btl..sgt ske r cte ni...cpt la smbung..xsbr nk tgu..hr2 dk tgk de smbungan baru or x.dlm byk2 novel yg sy dh bc,cte ni btl2 wt sy suspen.tahniah r kpd penulis yea..hope dpt sambung cte ni dgn menarik lg..gd luck:)

    ReplyDelete
  9. best..!!
    sweet la hisyam...
    nk lg..!!

    ReplyDelete
  10. hope penulis abiskan citer neh..
    wat suspen jek kalo tunggu lamer2..
    hehehe

    ReplyDelete
  11. dari qila:
    hope jgn buat si johan tu bunuh hisyam dah la.
    :P

    ReplyDelete
  12. apa2 ja lah
    si hani n johan neyh
    adusss
    suspen jek
    meyentap tangkai jiwang beb
    huhuhuhuhuhu
    nmpk ngat johan xcaya qada qadar tuhan
    cr ja lae pompuan len
    law btoi dy syg nana
    dy mst relakan kbhgiaan nana
    same with hani

    ReplyDelete
  13. enjoylah dengan novel nih......

    ReplyDelete