2009-05-26

jatuh cinta lagi!!14

Pintu ofis diketuk. Terpacul seorang pemuda bersama sejambak bunga ros putih dan pink. Fenn yang sedang membuat persiapan untuk kelasnya tergamam. Terkesima pun ada. ‘Siapa pulak yang bagi bunga kat aku pagi-pagi ni? Mamat ni salah orang kot.’

“Miss Fazreen?” Budak tu tanya. Fenn mengangguk.

“Siapa yang bagi ni?” Budak penghantar bunga hanya menggeleng. Resit penerimaan ditandatangan.

‘Siapa ni? Mengigau siang ke apa?’ Kad kecil warna hati yang terselit dibuka.

‘Good morning sweety.’

“DZ? Apa kena dengan mamat sengal ni?” Hampir menjerit Fenn bila terbaca nama pengirim bunga itu. Baru je nak cium. Hilang selera. Sayang betul. Bunga dah cantik, tapi pengirim pulak macam hantu.

“Hai,cantik bunga you Fenn. Pakwe bagi ke?” Sarah yang kebetulan lalu dihadapan bilik Fenn menegur.

“Eh takde lah. Entah…salah alamat kot. U nak ke? Nah I bagi kat u.” Fenn menghulurkan jambangan bunga kepada Sarah.

“Ish u ni biar betul Fenn. Kesian kat orang yang bagi tu. Kalau dia tahu mesti kecik hati tau.”

“Takpe. Dia tak marah. Ambiklah.” Sarah menyambut jambangan ros putih pink itu. Senyumnya melebar. ‘Lantak lah dia nak marah ke, nak mengamuk ke. Aku peduli apa.’
Handphonenya berbunyi. SMS. ‘Hi, hope u like d roses.’

‘Banyak lah kau punya suka. Bunga tu da selamat dengan orang lain. Kalo ikut hati aku ni, da lama masuk tong sampah tau. Bukan bunga tu je, dengan kau sekali aku nak humban masuk tong sampah.’ Fenn ketap gigi. Geram.


“Ko pehal DZ. Dari tadi aku tengok kau senyum sorang-sorang. Ngigau ke apa?” Azhar yang kebetulan melepak di biliknya menegur.

“Takde apa-apalah. Saja…” Jawab DZ acuh tak acuh.

“Alah, macam aku tak kenal kau. Ni mesti ada apa-apa ni. Cuba kau story kat aku.” Azhar tak puas hati. Dia kenal DZ lama. Sejak sekolah menengah dan ke UK pun bersama. Hingga sekarang mereka masih berkawan baik.
DZ diam seketika sebelum memulakan cerita gilanya. “Har, kau kena janji dengan aku dulu. Kalau aku story kat kau, kau jangan bagitau orang lain tau.” Tegas suara DZ. Amaran keras.

“Ye. Tapi kau cerita lah dulu apekebendanya.”

“Macam ni. Kau tahu kan mama aku sakit.”

“Ye lah aku tahu. Tapi apa kena mengenannya senyuman kau tu dengan mama kau.” ‘Sengal betullah mamat ni. Ada ke mak tengah sakit dia boleh senyum. Takkan tu pun nak rahsia kot. Memang sengal.’

“Ok. Sebenarnya, sebelum mama aku sakit, dia ada pergi melamar sorang minah kerek ni untuk aku.” DZ membuka ceritanya. Terbayang segala reaksi Fenn sewaktu mereka bertemu dulu.

“Hah? Kau biar betul DZ. Kau kenal ke minah tu?” Azhar agak terperanjat.

“Tak.”

“Oo…kiranya macam kena kahwin atas pilihan keluarga lah ni. Hmmm…interesting.”

“Hotak kau interesting. Minah tu tolak pinangan mama aku. Tu yang mama aku masuk wad tu.” Hatinya kembali membara bila teringatkan tentang peristiwa tu.

“Hah. Dia tolak? Fuh, rugi…rugi.” Azhar menggelengkan kepalanya. Dia tahu, sejak sekolah hingga ke university dan sampai sekarang, DZ memang menjadi kegilaan ramai gadis. Tapi, nasib baik kawannya ini bukan playboy. Cintanya setia. Tapi kesetiaan itu dihancurkan oleh seorang wanita bernama Sarah. Di sebabkan itu, DZ tak bercinta. Benci pada wanita. Rahsia DZ ada dalam koceknya. Tapi, dia amanah. Tak akan sesekali dia menceritakan perkara itu pada orang lain.

“Dan sekarang, aku plan nak kenakan minah kerek tu. Biar pada muka dia.” DZ senyum angkuh. Di kepalanya, pelbagai idea jahat tersedia untuk mengenakan Fenn.

“Ish, kau ni biar betul. Takkan sebab dia tolak kau nak buat dajal kat dia. Tak patut tu DZ.” Azhar kaget. Dia tahu, DZ tak pernah main-main. Setiap apa yang dikata mesti dikota.

“Bukan sebab tu je. Dia dah sebabkan mama aku sakit. Aku tak boleh terima tu.” DZ nekad. Fenn mesti terima balasan tu. Azhar geleng kepala. Entah apa yang difikirkan oleh temannya ini.

“Habis tu kau nak buat apa?” Tanya Azhar walaupun dia kurang setuju dengan tindakan DZ.

“Aku nak pastikan dia melutut depan aku. Biar dia merayu nak kahwin dengan aku.” Jawab DZ angkuh. Dia memandang ke luar tingkap. Terbentang bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan deretan kenderaan. Sesak. Bingit. Rimas.

“Kau pasti dia akan melutut depan kau? Kau jangan main-main dengan perempuan DZ. Silap hari bulan kau yang melutut depan dia.” Azhar memberi arahan. Walaupun dia bukan pakar dalam hal cinta, tapi dia sudah masak dengan perempuan. Bukan seorang dua yang sudah jatuh ke dalam tangannya. Walaupun dia tidak sekacak DZ, tapi bila ada duit, semuanya beres.

“Kau tengok je lah nanti.” Hatinya tetap. Takkan berubah. Dia akan cuba hingga berjaya. Dia takkan berpatah balik. Dia mahu perempuan tahu bagaimana sakitnya bila hati seorang lelaki hancur kerana perbuatan seorang perempuan yang mereka cinta sepenuh hati.

“Suka hati kau lah. Aku larang pun tak, sokong pun tak. Kau dah besar. Dah boleh nilai mana baik mana buruk. Tapi, kalau kau perlukan aku, just call me ok.” Azhar menepuk bahu DZ sebelum keluar dari bilik itu.


Fenn menitiskan air mata bahagia. Dia baru saja selamat menjadi isteri kepada Iqram Dzulqarnain. Dahinya dikucup mesra oleh suami. Di jarinya tersarung cincin bertatah berlian. Cantik. DZ segak berbaju melayu warna sedondon dengannya. Manis senyuman yang dihulur padanya. Sinar matanya jelas menunjukkan yang dia juga bahagia. Fenn pandang muka Auntie Pah yang jelas terpancar kegembiraan dengan pernikahan ini. Ibunya juga begitu. Seluruh ahli keluarganya menitiskan air mata kegembiraan. Tiba-tiba matanya tertumpu di suatu sudut. Kelibat lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki itu senyum padanya. Kepalanya dianggukkan tanda setuju dengan keputusannya.

“Abang!!” Jeritannya tidak diendahkan. Lelaki itu pergi meninggalkannya. Cuba dikejar tapi tak terdaya. Tangannya digenggam kemas oleh DZ. Kelibat lelaki itu hilang sekelip mata. Cuba dipanggil sekuat hatinya namun abang sudah tiada.

“ABANG!!!”

“Fenn, kau kenapa? Ngigau ke?” Mek kaget bila mendengar jeritan kuat Fenn. Dia segera menuju ke ruang tamu. Fenn tidur di situ. Fenn bangun. Peluh membasahi mukanya. Dia mimpi. Mimpi yang sangat menakutkan.

“Tu lah. Lain kali, kalau nak tidur tu bersihkan diri dulu. Solat dulu. Ni, balik kerja terus terbongkang macam kerbau kat depan ni. Mana tak mimpi. Dah bangun.” Bebel Mek.

“Aku mimpi abang. Aku mimpi aku kahwin dengan mamat sengal tu. Aku takut Mek.” Tiba-tiba air matanya mengalir. Dia menangis teresak-esak. Mek makin pelik.

“Kau kahwin dengan siapa pulak ni Fenn. Cuba cerita kat aku.”

“DZ.” Sepatah kata Fenn sudah cukup membuatkan Mek kembali mengambil duduknya.

“Siapa? DZ? Kau biar betul Fenn. Ke kau memang ada jodoh dengan mamat tu?” Mek saja mengusik.

“Simpang malaikat 44. Tak nak aku.” Geram pulak Fenn diusik begitu. Dia bangun menuju ke biliknya. Senyuman abang bermain dikepalanya. Apa makna semuanya?

No comments:

Post a Comment