2009-05-26

sepupuku suamiku??11

Nana terjaga dari lenanya. ‘Aik? Bila masa pulak aku tidur kat sini?’ Dia melihat sebelahnya. Suaminya Hisyam sedang lena dibuai mimpi. Agaknyalah. Seingatnya tadi, dia sedang menonton tv. Mega movie. Dia yang beria-ia nak tengok. Walaupun mata dah macam separuh nak tertutup, digagahkan jugak sebab nak tengok pelakon kegemarannya, Brad Pitt yang hensem. Mana tak penatnya, seharian tak tidur. Letih. Kuliah habis pukul 4petang, abang datang ambik terus balik kampung. Manghrib baru sampai. Lepas tu tolong mama sediakan makan malam. Walaupun malas tahap gaban, tapi kena jugak buat. Malulah dekat abang kalau dia tahu bini dia ni sebenarnya memang malas bab-bab memasak ni. Lepas solat isyak, teman abang tengok tv jap. Sambung tengok mega movie.

“Abang dah ngantuk ke?” Tanya Nana bila melihat suaminya menguap beberapa kali. Mungkin penat selepas lama memandu tadi. Mama dan papa awal-awal lagi dah masuk tidur. Biasalah orang tua.

“Sikit. Sayang tak nak tidur lagi ke? Mata dah merah tu.” Mata Nana memang sudah berair. Tapi disebabkan oleh si Brad Pitt, matanya yang semakin mengecil sengaja dibesarkan. ‘Ilmu apalah mamat macho ni pakai ek sampai orang tergila-gilakan dia sampai jadi gila pun ada. Huhu…’

“Nak tengok movie ni dulu. Kalau abang nak tidur, naik la dulu. Nana boleh tengok sorang.” Bunyi macam merajuk tapi cover la jugak. Kesian pulak kalau nak paksa.

“Takpe. Abang teman.” Pasrah saja suara Hisyam. Demi isteri tersayang.
Sedar-sedar saja, dia sudah terbaring di sebelah Hisyam di atas katilnya. ‘Abang angkat aku ke? Ke aku berjalan sambil tidur? Ish, takkan la kot. Kalau abang angkat….Ummm romantiknya. Kesian kat abang. Dahlah penat, mengantuk. Kena angkat aku pulak naik tingkat atas. Thank you my darling.’ Nana memandang wajah suaminya dekat. Walaupun dalam gelap, dapat dilihat segenap inci wajah tampan itu. Dia meneliti satu persatu. Buat pertama kali. Tak pernah sebelum ini dia melihat wajah Hisyam sedekat itu. Hanya beberapa inci sahaja. Alis mata yang tebal dan rapi, hidung yang sedikit mancung, bibir yang seksi. Aduh… membuatkannya tergoda. Jarinya gatal untuk cuba menyentuh wajah itu. Telunjukkan bermain-main dari dahi turun ke mata, hidung, pipi dan menyentuh mesra bibir suaminya.

‘Kesian abang. Maafkan Nana. Nana masih tak mampu nak jalankan tanggungjawab Nana sepenuhnya sebagai isteri. Abang memang sabar. Nana terlalu cintakan abang. Abang jangan tinggalkan Nana ye…’ Rintihnya dalam hati. Setitis air mata gugur.

“Nana tak tidur?” Hampir melantun jantungnya mendengar suara serak Hisyam. Dapat dilihat sinar mata Hisyam memandang ke arahnya. Cepat-cepat dia menyeka air mata.

“Terjaga tadi. Nak tidur la ni.” Nana memalingkan mukanya membelakangi Hisyam. ‘Ups alamak. Tak boleh tidur membelakangi suami.’ Teringat ajaran ustaz semasa menghadiri kursus pra perkahwinan dulu. Dia segera kembali memusingkan badannya mengadap Hisyam.

“Nana nangis ke?” Tanya Hisyam.

“Mana ada. Mengantuk.” Nana gelabah. Tangan Hisyam melingkari pinggangnya. Nana terasa selesa. Dia merapatkan badannya ke arah suaminya. Terasa ingin bermanja. Pelukan Hisyam makin erat. Bibirnya mengelus manja wajah isterinya.

“I love u sayang.” Terungkap kalimah sakti itu dari bibir Hisyam. Sesungguhnya dia tidak dapat menipu rasa hatinya. Rasa itu makin dalam setiap hari. Rasa yang cuba disemai saat dia mengambil keputusan untuk menikahi Nana. Rasa yang tidak perlu dipaksa. Ia muncul dengan sendiri. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa.
Air mata Nana yang hampir kering tadi mengalir kembali saat mendengarkan kalimah itu. Tak terfikir olehnya yang Hisyam akan mengungkapkan ayat itu. Saat itu, hatinya seakan berbisik mengatakan suaminya jujur mengungkapkannya dan dia harus mempercayainya. Bukan kerana terpaksa atau hanya ingin mengambil hatinya.

“I love u too….” Perlahan saja suara Nana. Antara dengar dan tidak. Dia malu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia menjerit menyatakan kepada seluruh dunia yang dia cintakan suaminya sepenuh hatinya.

Bibir Hisyam menyentuh mesra bibir yang baru sahaja mengungkapkan kata cinta itu. Dia senyum. Nana tak lagi mengelak seperti sebelum ini. Mungkinkah isterinya sudah dapat menerima cintanya? Dia berdoa agar apa yang diharapkan dalam rumahtangganya dimakbulkan tuhan. Hujan menjadi saksi penyatuan dua hati dan dua jasad ini. Semoga rasa cinta ini kekal buat selamanya.


Nana menilik jam di meja. 6.30. ‘Hah? Alamak dah lewat. Tak solat lagi.’ Dia segera bangun tapi tersekat. Tangan Hisyam melingakari kemas pinggangnya. Cuba ditolak tapi makin kemas. ‘Tak boleh jadi ni.’

“Abang, bangun. Dah lewat nak solat subuh ni.” Tangan Hisyam ditolak lagi. Kali ini berjaya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air.

“Jangan lupa mandi wajib ya sayang.” Hisyam bersuara nakal. Muka Nana merah padam. ‘Tau la…Ingat orang ni budak kecik ke.’ Nana segera mengunci pintu bilik air. Entah kenapa dia rasa lain sekali. Bahagia. Senyuman tak lekang dari bibirnya.


“Assalamualaikum.” Hisyam menyapa isterinya yang sedang leka menyiram bunga-bunga di laman. Salah satu hobi Nana. Tanam bunga.

“Waalaikummussalam.” Jawab Nana perlahan. Mukanya ditunduk selepas memandang suaminya sekilas. Malu masih menyelubungi diri. ‘Ala abang janganla tengok…Malu tau. Nanti Nana tak boleh buat kerja.’

“Nak tolong boleh?” Hisyam menawarkan diri. Dia berdiri di sebelah Nana yang tersipu-sipu.

“Tak payahlah. Dah nak habis ni.”

“Abang tak habis cakap lagi tau. Tolong tengok.” Hisyam ketawa kuat. Nana geram. ‘Ish dia ni, siram dengan air ni kang baru tau.’

“Siram dengan air kang.” Ugut Nana.

“Siram la…tak takut.” Hisyam berkata dengan nada riak. Ketawa masih berbaki. Dia tahu Nana takkan berani buat begitu.

‘Ohhh…Ingat orang tak berani ye. Tengok, siapa yang takut air. 1…2…3!’ Nana mengalihkan siraman air dari pokok rosnya kepada hidupan lain yang masih ketawa berdekah-dekah di sebelahnya. Hisyam terkejut.

“Eh, abang gurau je tadi. Sayang, basah ni.” Hisyam kaget. Nana makin galak menyiramnya. Dia lari. Nana ikut kejar.

“Ha…tadi kata tak takut air.” Nana memulangkan paku buah kerasnya. ‘Padan muka. Berlagak sangat. Jangan tak tahu, sayang abang ni memang suka bab-bab siram-menyiram ni.’

“Ya ALLAH budak berdua ni. Main air pulak. Nana, sudah lah tu. Habis basah si Hisyam tu. Nana!!” Jerit mama bila melihat Nana yang makin galak mengejar suaminya dengan pancutan air di tangan.

Nana segera menghentikan langkahnya sebaik saja mendengar jeritan mamanya. ‘Alamak, mama nampak. Malunya….’ Dia lupa yang dia berada di rumah mama dan papanya. Nasib baik papanya sedang leka membaca akhbar. Kalau tak, lagi malu.

Hisyam tercungap-cungap selepas penat dikejar Nana. Bajunya basah. Lega bila dia lihat Nana menutup pili air. ‘Thanks ma. Kalau tak, tak tahu apa anak mama tu nak buat lagi. Silap hari bulan mati kesejukan.’ Hisyam berjalan menghampiri isterinya.

“Ohh…Mainkan abang ye. Siap la sayang nanti tau.” Hisyam mengugut lagi. Matanya sengaja dibulatkan. Nana mengalihkan pandangnya. ‘Adus…apa la pulak mamat ni nak buat kat aku…Tu lah, berani sangat tadi. Tapi best, kesian abang. Basah kuyup.’ Nana senyum.

“Sayang, thanks.” Ucap Hisyam. ‘Aik, aku dah siram dengan air pun masih cakap terima kasih lagi? Dah demam ke laki aku ni?’ Nana kerut dahi tak faham.

“Thanks sebab sudi terima abang sebagai husband dan buat abang bahagia. Abang bahagia sangat…” Tutur Hisyam lembut. Tangan isterinya dikucup perlahan. Nana senyum bahagia.

‘Nana pun bahagia. Thanks too my dear…’

“And for last night too…” Hisyam menyambung dengan suara nakal membuatkan Nana menggelabah. Malu.

“Ish, abang ni. Saja je tau. Dah lah. Orang nak masuk.” Belum sempat Nana melangkah, tangannya lebih dulu ditarik Hisyam memaksanya jalan beriringan.

“Ye lah. Hari tu sayang jugak yang kata nak honeymoon kat rumah mama dulu.” Hisyam masih lagi giat mengusik Nana. Sengaja memancing reaksi isterinya.

“Orang cakap je. Takkan honeymoon kena macam tu kot?” Tanya Nana macam budak tak cukup matang.

“Ermmm…part of it.” Hisyam menjawab dengan ketawa yang cuba ditahan. Nana melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan laju menuju ke dalam rumah. Malas nak bersoal jawab dengan Hisyam lagi. Alih-alih, dia juga yang terkena.

‘Saja je tau. Kalau macam tu, tak naklah pergi honeymoon. Tapi, best jugak…’ Nana senyum gatal. Hatinya berbunga riang. Seakan tidak sabar menanti hari bulan madunya. Kemana agaknya Hisyam akan membawanya?

“Hah, ni yang senyum-senyum ni kenapa? Abang Hisyam mana?” Terkejut Nana bila ditanya mengejut oleh mamanya begitu. Segera senyumannya mati.

“Hah? Ada kat luar. Nana nak ambil tuala kejap.” Nana laju mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Mama senyum. Dia tahu Nana dan Hisyam sedang meniti kebahagiannya. Dia mengucap syukur dalam hati. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin yang Hisyam dapat menerima Nana dan anak kesayangannya itu dapat menerima pernikahan secara mengejut itu, tapi sekarang dia percaya, keputusannya tepat. Mungkin ini hikmah yang dijanjikan tuhan. Dia kenal Nana bukan hanya sehari dua. Itu anaknya. Dari dulu, dia tahu anaknya mempunyai perasaan pada sepupunya itu. Naluri seorang ibu takkan silap. Apa yang diharapkan, biarlah kebahagiaan itu kekal sehingga ke akhirnya dan dia boleh menutup mata dengan aman.

20 comments:

  1. sweetnye hisham n nana...
    mahu lg....

    ReplyDelete
  2. wa..cepatnye bace..
    huhuhu...sabar ek.

    ReplyDelete
  3. aww sweetnya ;)
    lagiii ;)

    ReplyDelete
  4. Free2 kena siram ngan air..
    Hehh

    ReplyDelete
  5. comey tol dorang nieh..
    ske2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  6. sweetnye..nak lagi..
    romantik gile arr laki nana ni..

    ReplyDelete
  7. so sweet..boleh plak honeymoon kat umah yer..!tersenyum sy sorg2 baca citer ni..best..cepat sambung!!!

    ReplyDelete
  8. beshnya..
    nak lg...hehe

    ReplyDelete
  9. best2x...hehe..
    both of them...r really2x sweet...;-)

    ReplyDelete
  10. huwaaa....luv3 it...
    so sweet la dorg neh...
    tq writer coz msukkn n3 pjg2..

    ~luvinpurple~

    ReplyDelete
  11. heeee...besh..
    smbg g...

    ReplyDelete
  12. alalalala..sweetnyer..suka sgt watak nana ngn hisyam ni..nk lg..hehehe

    ReplyDelete
  13. a'ah la..
    cpt smbung ye fantaghiro...
    hehehe..
    sweet sgt2 cte ni...

    ReplyDelete
  14. smbung lg..!best2..!
    sweetla dorang ni..!

    ReplyDelete
  15. alololo...
    berjaya jugak abg syam yea...

    ReplyDelete
  16. alololo...
    berjaya jugak abg syam yea...

    ReplyDelete
  17. bez sgt cite ni..manje g2..

    ReplyDelete
  18. memang sweet couple la

    ReplyDelete